Monday, August 17, 2009

...GURU OH GURU...


FALSAFAH PENDIDIKAN GURU

"Guru berpekerti mulia, berpandangan agresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menjunjung warisan budaya negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin."


FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara."


IKRAR HARI GURU

Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.

Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.




Rancanglah yg Terbaik


Hidup yg Tenang Adakalanya Berombak
Hanya Berbekalkan Keimanan, Keyakinan dan Ketabahan
yg Dapat Mengatasinya
Pd Suatu Ketikanya Ombak Itu Mampu Kita Tempuhi
dan Sekiranya Kita Gagal utk Merancang
Kita Akan Gagal
Oleh Itu, Buatlah Perancangan
Sebelum melakukan Sesuatu
krn Perancangan yg Sempurna
Akan Menjamin Kejayaan yg Cemerlang