Thursday, August 27, 2009

HASIL PEMBELAJARAN


  1. Hasil pembelajaran ialah apa yang boleh ditunjukkan oleh pelajar tentang pengetahuan dan kebolehan membuat sesuatu selepas sesuatu perkara diajar.
  2. Contoh hasil pembelajaran ialah:
    1. Menamakan ibu kota bagi setiap negeri di Malaysia
    2. Mengenal pasti kata nama dan kata kerja dalam satu ayat
    3. Menambah sebarang dua nombor tidak lebih daripada 1000
    4. Membanding dan membezakan haiwan dan tumbuhan
    5. Memberi sebab-sebab mengapa kerajaan awal wujud di pesisiran pantai
    6. Menerangkan kepentingan kebersihan
    7. Melukis seekor kucing
    8. Mengetam sekeping papan
    9. Memukul bole hoki yang bergolek
    10. Membuang sampah ke dalam tong sampah
  3. Perkatian di antara hasil pembelajaran dan proses pengajaran dan pembelajaran ditunjukkan dalam Rajah 1.
  4. Pengalaman pembelajaran yang diberi dalam proses pengajaran dan pembelajaran bukanlah hasil pembelajaran tetapi hanya merupakan cara untuk mencapai hasil pembelajaran.
  5. Isi kandungan, kaedah mengajar dan bahan pengajaran dalam proses pengajaran merupakan alat atau cara untuk mencapai hasil pembelajaran.
  6. Tentukan anda boleh mengenal pasti dan membezakan hasil pembelajaran daripada isi kandungan, proses pengajaran dan pkroses pembelajaran.Contohnya diberi dalam Jadual 1.

Jadual 1: Jenis Pernyataan dalam P&P

Pernyataan Jenis
  1. Benda hidup boleh bergerak, makan, bernafas, merespons kepada stimuli
Isi kandungan
  1. Untuk menambahkan pengetahuan pelajar tentang sifat benda hidup
Proses pengajaran
  1. Memperoleh pengetahuan tentang sifat benda hidup
Proses pembelajaran
  1. Memahami sifat benda hidup
Hasil pembelajaran umum
  1. Menghuraikan sifat benda hidup
Hasil pembelajaran khusus
  1. Pernyataan 'a' hanya menyatakan isi kandungan dan tidak menyatakan sama ada pelajar harus menyenaraikan,mengenal pasti atau menghuraikan sifat benda hidup.
  2. Pernyataan 'b' bermaksud guru dan bukan pelajar yang akan menambahkan pengetahuan mengenai sifat benda hidup dan pernyataan ini merupakan proses pengajaran
  3. Pernyataan 'c' bermakna pelajar memperolehi pengetahuan dan pernyataan ini merupakan proses pembelajaran dan bukan hasil pembelajaran.
  4. Pernyataan 'd' bermaksud pelajar dapat memahami dan pernyataan ini adalah hasil pembelajaran umum dan bukan khusus kerana "memahami sifat benda hidup" melibatkan pelbagai hasil pembelajaran khusus seperti:
    1. Menyatakan sifat benda hidup
    2. Mengenal pasti sifat benda hidup
    3. Menerangkan sifat benda hidup
    4. Memberi contoh benda hidup
    5. Membezakan benda hidup dan benda bukan hidup
    6. Mengkelaskan benda ke dalam kumpulan benda hidup dan benda bukan hidup
  5. Pernyataan 'e' bermakna pelajar menghuraikan dan pernyataan ini merupakan hasil pembelajaran khusus.
  6. Dalam pembelajaran masteri guru harus menentukan hasil pembelajaran khusus kerana mudah dinilai.
  7. Di sekolah menengah, guru boleh menyatakanhasil pembelajaran yang umum dengan berfokuskan kepada beberapa hasil pembelajaran khusus.