- Hasil pembelajaran ialah apa yang boleh ditunjukkan oleh pelajar tentang pengetahuan dan kebolehan membuat sesuatu selepas sesuatu perkara diajar.
- Contoh hasil pembelajaran ialah:
- Menamakan ibu kota bagi setiap negeri di Malaysia
- Mengenal pasti kata nama dan kata kerja dalam satu ayat
- Menambah sebarang dua nombor tidak lebih daripada 1000
- Membanding dan membezakan haiwan dan tumbuhan
- Memberi sebab-sebab mengapa kerajaan awal wujud di pesisiran pantai
- Menerangkan kepentingan kebersihan
- Melukis seekor kucing
- Mengetam sekeping papan
- Memukul bole hoki yang bergolek
- Membuang sampah ke dalam tong sampah
- Perkatian di antara hasil pembelajaran dan proses pengajaran dan pembelajaran ditunjukkan dalam Rajah 1.
- Pengalaman pembelajaran yang diberi dalam proses pengajaran dan pembelajaran bukanlah hasil pembelajaran tetapi hanya merupakan cara untuk mencapai hasil pembelajaran.
- Isi kandungan, kaedah mengajar dan bahan pengajaran dalam proses pengajaran merupakan alat atau cara untuk mencapai hasil pembelajaran.
- Tentukan anda boleh mengenal pasti dan membezakan hasil pembelajaran daripada isi kandungan, proses pengajaran dan pkroses pembelajaran.Contohnya diberi dalam Jadual 1.
Jadual 1: Jenis Pernyataan dalam P&P
| Pernyataan | Jenis |
| Isi kandungan |
| Proses pengajaran |
| Proses pembelajaran |
| Hasil pembelajaran umum |
| Hasil pembelajaran khusus |
- Pernyataan 'a' hanya menyatakan isi kandungan dan tidak menyatakan sama ada pelajar harus menyenaraikan,mengenal pasti atau menghuraikan sifat benda hidup.
- Pernyataan 'b' bermaksud guru dan bukan pelajar yang akan menambahkan pengetahuan mengenai sifat benda hidup dan pernyataan ini merupakan proses pengajaran
- Pernyataan 'c' bermakna pelajar memperolehi pengetahuan dan pernyataan ini merupakan proses pembelajaran dan bukan hasil pembelajaran.
- Pernyataan 'd' bermaksud pelajar dapat memahami dan pernyataan ini adalah hasil pembelajaran umum dan bukan khusus kerana "memahami sifat benda hidup" melibatkan pelbagai hasil pembelajaran khusus seperti:
- Menyatakan sifat benda hidup
- Mengenal pasti sifat benda hidup
- Menerangkan sifat benda hidup
- Memberi contoh benda hidup
- Membezakan benda hidup dan benda bukan hidup
- Mengkelaskan benda ke dalam kumpulan benda hidup dan benda bukan hidup
- Pernyataan 'e' bermakna pelajar menghuraikan dan pernyataan ini merupakan hasil pembelajaran khusus.
- Dalam pembelajaran masteri guru harus menentukan hasil pembelajaran khusus kerana mudah dinilai.
- Di sekolah menengah, guru boleh menyatakanhasil pembelajaran yang umum dengan berfokuskan kepada beberapa hasil pembelajaran khusus.
















No comments:
Post a Comment