Ya Allah... Andai Aku Mampu Jadikan Anak Bangsa Sepertinya Aku Akan Bangga Dengannya. Sebelum Ia Berjaya Capai Cita-Citanya Aku Harap Ia Tidak Leka dan Sentiasa Ingat Akan Kebesaran Yg Maha Pencipta Alhamdulillah...
Aku bukan cari harta bertimbun-timbun Untuk hidup kaya. Aku bukan cari wang berjuta-juta Untuk hidup bergaya. Aku bukan cari kawan-kawan Untuk hidup sekadar berfoya-foya Aku cari di mana dia Al-Ghazali. Aku cari di mana dia Al-Shafie. Aku mahu bongkar rahsia kitab suci untuk Cari pedoman. Aku mahu bongkar rahsia sunnah Nabi untuk Cari panduan. Aku hidup kerana Dia, Dialah teman, Dialah wali. Dia mencukupi bagi Aku hidup bererti untuk Menikmati damai abadi...
Cermin Itu Adalah Teman Akrabku.
Hanya Cermin yg Tahu Rahsia Diriku yg Sebenar.
Cermin itu Tidak Pernah Berdusta.
Cuma Aku yg Menyongsang Realiti.
Cermin itu Menjadi Teman yg Sanggup Menemaniku di Saat Suka dan Duka.
Menjadi Saksi pada Tiap Titis Airmataku yg Gugur.
Setiap Kali Membuka Mata, Aku Akan Duduk di Hadapannya Sambil Menyuarakan Azam yg Kubina.
Setiap Hari Aku Bertekad utk Menjadi Aku yg Sebenarnya.
dan Aku Harap Aku tak Akan Pernah Lupa Asal-Usulku...
No comments:
Post a Comment